Thursday 4 August 2011

[Penting Student ] Duit PTPTN tukar telefon.

erhemrmhurmehurmmm..
(ò_ó)


Oleh Mohd Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my
PARIT: Semakin ramai penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta dikesan menyalahgunakan duit pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), termasuk menukar telefon bimbit model terbaru.
Perkara ini didedahkan Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat yang kecewa sikap boros dan tidak bertanggungjawab golongan terpelajar berkenaan.

Menurutnya, pinjaman itu perlu digunakan sebaik mungkin dan bukan untuk dibelanjakan sia-sia serta tidak berfaedah.
“Peminjam perlu memanfaatkan pinjaman ini dengan sewajarnya dan bukan untuk tujuan yang tidak berkaitan. Ini tidak, apabila dapat wang PTPTN, maka kedai telefon akan dipenuhi pelajar untuk menukar telefon baru,” katanya.

Tuan Din berkata, pihaknya akan mengambil tindakan keras termasuk menghentikan pemberian pinjaman kepada peminjam yang menyalahgunakan bantuan itu serta tidak akan berkompromi kepada peminjam yang bermasalah.

Beliau juga berkata, PTPTN sudah melupuskan pinjaman berjumlah RM278 juta terhadap 9,545 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama sejak Januari tahun lalu.

Tuan Din berkata, pelajar terbabit perlu menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani ketika mereka membuat pinjaman.

“Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak itu diteruskan dan mereka perlu menjelaskannya. Saya menasihati mereka menghubungi atau datang ke pejabat PTPTN untuk berunding soal pembayaran balik pinjaman itu. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya selepas majlis penyerahan waran pendahuluan pinjaman PTPTN Parlimen Parit di Rumah Rehat Cempaka Sari, baru-baru ini. Turut hadir Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.
Sementara itu, Nizar berkata, setiap seorang menerima RM1,500 dan ini bererti alasan tiada wang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak lagi timbul.

No comments:

Post a Comment